67 PATI dari Depot Imigresen Ajil dihantar pulang

Sebahagian PATI dari Depot Imigresen Ajil, Terengganu menunggu penerbangan pulang ke negara asal masing-masing di KLIA semalam.

SERAMAI 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang di Depot Imigresen Ajil dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu berkata, mereka dihantar pulang terdiri daripada 40 warga Myanmar, 24 Indonesia, dua Kemboja dan seorang dari Vietnam. 

Pemindahahan mereka dilaksanakan dari Depot Imigresen Ajil, Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA) dan Terminal 2 (KLIA2) untuk pulang ke negara asal dengan kos penerbangan ditanggung sendiri oleh tahanan. 

"Kesemua tahanan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukkan proses pemindahan setelah lengkap dokumen perjalanan  dari kedutaan masing masing  dan kemampuan menyediakan tiket pulang ke negara asal," kata JIM Terengganu dalam kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu berkata, kesemua tahanan itu juga telah disenaraihitam dalam sistem JIM mengikut kesalahan yang telah dilakukan. - TT

Post a Comment

0 Comments