Tinggal tiga pun tigalah!

Oleh MOHD PUAD ZARKASHI

ORANG  kata UMNO pecah. UMNO dikatakan pecah bukan kerana pemilihan parti. UMNO nampak pecah kerana ada yang menentang keputusan parti. 

Mereka sanggup jadi power broker, jual parti dan berunding tanpa restu parti. Puncanya, untuk kekal jawatan dan takut tindakan.

Terbaru MKT putus tarik sokongan kepada Perdana Menteri. Tetapi kluster Menteri pula buat keputusan songsang. Mereka sokong Perdana Menteri.

Rakyat dijadikan alasan. Pandemik dijadikan alasan. Perpecahan Melayu dijadikan alasan. Dan peruntukan kawasan juga jadi alasan.

Tetapi apakah tidak ada titik noktah kepada gejala ini. UMNO perlu tegas. Tinggal 10, sepulohlah. Tinggal 3, tigalah.

UMNO Sabah contoh terbaik. 21 Ketua Bahagian lari lintang pukang tinggalkan parti. Hanya tiga yang istiqomah. Iaitu Bung Mokhtar, Ramie Unggi dan Yaakub Khan. 

Mereka yang lari itu bukan kecil anak. 9 ADUN,  5 ahli Parlimen dan dua orang Senator.  Bukan calang calang. UMNO umpama habis madu sepah dibuang.

Tetapi ada UMNO Sabah tersungkur? Ahli dan pemimpin bawahan tidak lari. Timbalan, Naib, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda tampil menggalas tugas Ketua Bahagian yang lari.

Sebab itu di PRN Sabah, walaupun disabotaj dan ditikam dari belakang UMNO menang 14 kerusi berbanding PPBM 13 kerusi. PPBM dapat Ketua Menteri kerana PN ada 21 kerusi.

Justeru UMNO tidak boleh apologatik. Konon takut perpecahan. Disiplin tetap disiplin. Langgar disiplin ada musibahnya. Tiada kompromi dalam bab tata tertib.

Tinggal tiga, tigalah. Ahli tidak lari. Di sebelah sana nanti akan sampai giliran mereka, habis madu sepah dibuang. 

  • Datuk Dr Mohd Puas Zarkashi adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sumber: Facebook

Post a Comment

1 Comments

  1. udah-udahlaa berpolitik. elok pakat bantu rakyat yang tengah susah ni...

    ReplyDelete